Archive for Uncategorized

Check out my Slide Show!

Leave a comment »

AURAT WANITA ISLAM..

Adalah menjadi satu kemestian “WAJIB” bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai penutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya  tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka dibentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah Al-Ahzab:59]

Leave a comment »

PENGHUNI NERAKA..

NERAKA MEMPUNYAI 7 PINTU

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:
‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dariu mmatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bilas embahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab’ Peringatan Bagi
Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masihb oleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Leave a comment »

pendidikan

saya mendapat pendidikan awal di tabika kemas gua musang,kelantan ketika berusia 6 tahun.seterusnya meneruskan pengajian di sek.keb gua musang 3 dan sekarang dikenali dengan nama sek.keb tengku muhammad fakhry petra gua musang dari darjah 1 hingga darjah 6.saya mrnyambung pelajaran di peringkat menengah di maahad muhammadi gua musang dari sof awwal hingga tingkatan 4.saya telah menyambung pengajian di  maahad syamsul maarif(p)pulai chondong machang kelantan dalam tingkatan 5 hingga 6 bawah.sekarang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan (pendidikan islam)di universiti kebangsaan malaysia.

Leave a comment »

tentang saya

Picture 023assalamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan ke nurislam blog…

salam perkenalan..nama diberi  fatihah binti abdul aziz,dilahirkan pada tanggal 15/11/1989 di machang kelantan.saya merupakan anak ke-2 daripada 10 orang adik beradik.saya merupakan pelajar lepasan stam daripada maahad syamsul maarif(p) pulai chondong machang kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke UKM.saya merupakan pelajar tahun 1 sesi 2009/2010 di fakulti pendidikan UKM dalam jurusan pendidikan islam.that’s all about myself…wassalam:-

Leave a comment »

pengalaman

pengalaman berkelah bersama keluarga di pantai teluk batik,perakteluk batik

teluk batik 2teluk batik1

Leave a comment »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Comments (1) »